Saturday, November 3, 2007

sinarx

Mengikut ahli kaji optik cahaya sebenarnya dapat dibahagikan kepada beberapa jenis yang utama yang bergantung kepada jarak gelombang ,iaitu sinar X , infra merah , gamma, cahaya nampak dan lain –lain. Cuba kita lihat satu persatu . Dan ianya boleh dikaji seperti berikut:

(A) Sinar X

Ianya merupakan suatu sinaran yang sangat penting di dalam bidang perubatan . Ianya digunakan bagi mengesan sebarang penyakit yang terdapat di dalam tubuh pesakit dan melihat anggota di dalam tubuh manusia.

Pancaran X di tujukan kepada bahagian yang disyaki terdapat penyakit. Sinaran yang terpancar akan melalui bahagian badan dan memasuki kulit .
Bahagian yang ditembusi akan ditunjukkan pada skrin yang merupakan bahan yang tidak dapat ditembusi oleh pancaran X

sifat cahaya

Cahaya akan mengalami serakan warna apabila mengalami proses tertentu. Ini adalah kerana cahaya terbentuk daripada gelombang. Namun begitu tidak semua gelombang mempunyai jarak gelombang yang sama. Sesetengahnya mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang dari yang lain .

Warna yang mempunyai jarak gelombang yang sederhana saiz jarak gelombangnya ialah hijau, manakala warna yang mempunyai jarak gelombang terpendek ialah ungu. Fenomena ini akan dapat kita lihat apabila hujan gerimis yang menghasilkan kesemua warna ini yang dinamakan warna Pelangi.

sifat cahaya

Cahaya akan mengalami pembiasan apabila melalui perantaraan atau medium yang berlainan. Ini disebabkan cahaya mempunyai kelajuan yang berlainan apabila melalui medium yang berlainan. Sebagai contoh pada sempadan dua bahan yang berlainan ketumpatannya seperti udara dan air, kelajuan pergerakan cahaya akan berlainan dan ianya akan mengalami proses biasan. Fenomena ini akan dapat diperhatikan di dasar kolam renang yang mana ianya kelihatan lebih cetek berbanding dengan yang sebenarnya. Biasan cahaya juga menyebabkan pemancing ikan ini melihat saiz ikan lebih besar daripada saiz yang sebenar.

nuklear

Pada permukaan bintang banyak berlaku letupan nuklear yang terjadi di antara atom-atom hidrogen bagi membentuk Helium yang menghasilkan sangat banyak tenaga. Tindak balas ini berlaku di bahagian zon radioaktif . Sejenis bahan nuklear iaitu neutron akan ditembak ke arah nukleus . Hasil tembakan itu nukleus akan terbelah dua dan akan mengeluarkan haba dengan tenaga atau kuasa yang sangat tinggi. Tindak balas radioaktif yang berterusan ini menyebabkan terdapatnya nyalaan api pada bahagian Fotospera di permukaan bintang yang menyebabkan terjadinya haba dan sinaran cahaya. Akhirnya ia membentuk suhu di permukaan matahari yang dianggarkan 6000 c.

atthaariq

Allah mengemukakan persoalan kepada manusia tentang kejadiaan at Thaariq dengan menanyakan ‘’ Apakah at Thaariq itu ? ‘’. Ini adalah suatu cabaran kepada manusia. Di dalam al-Quran banyak ayat-ayat lain yang dikemukakan dalam bentuk persoalan. Ini adalah kerana kaedah penyoalan merupakan kaedah yang sangat berkesan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Cara ini juga sebagai alat untuk menyentak perhatian si pendengar supaya menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap apa yang akan disampaikan.

Selain itu kaedah atau metodologi yang dididik oleh Allah merupakan satu kaedah penting untuk manusia terutamanya orang mukmin supaya lebih aktif membuat kajian penyelidikan , pemerhatian dan sebagainya bagi mempertingkatkan iman dan ilmu pengetahuan. Cuba kita hayati maksud ayat seterusnya .

sun

Matahari pula merupakan satu daripada berbilion bintang di alam ini. Ianya merupakan satu-satunya bintang yang terdapat di dalam sistem suria atau sistem matahari yang mempunyai planet bumi dan 8 buah planet yang lain serta lain lain objek di angkasa lepas seperti Bulan, Asteroid, Komet dan sebagainya. Kita boleh memahami secara lebih mendalam tentang planet ini. Matahari ialah sebuah bintang yang terletak di dalam galaksi Bima sakti atau Milky Way. Dari segi saiz walaupun isipadu matahari ialah sejuta isipadu bumi tetapi matahari merupakan sebuah bintang yang bersaiz sederhana sahaja berbanding dengan bintang-bintang di galaksi , yang berdekatan dengan galaksi yang kita duduki iaitu Bima sakti.

Terdapat banyak lagi bintang yang mempunyai saiz yang berjuta kali saiz atau isipadu matahari iaitu satu-satunya bintang yang terdapat di dalam Sistem Matahari. Dari segi kepanasan pula , bintang - bintang mempunyai darjah kepanasannya yang berlainan.

auto2

Galaksi merupakan ruang yang paling besar. Setakat ini diketahui secara lebih kurang 100 bilion galaksi yang setiap satu mempunyai beratus ratus billion juta bintang. Galaksi dikelaskan kepada superklaster. Salah satu komponen superklaster dipanggil ‘local group’ yang dinamakan Milky Way. Di dalam galaksi inilah terletaknya bintang kita iaitu Matahari. Dalam hal ini ,ahli astronomi mengatakan bahawa setiap masa galaksi ini akan bergerak semakin menjauhi antara satu sama lain. Galaksi yang terdekat dengan Milky Way ialah Andromeda iaitu jauhnya 2.25 juta tahun cahaya bergerak.

autospace

Segala benda yang maujud di alam ini sama ada kita boleh fikir tentang kejadiannya atau tidak ,ianya merupakan alam semesta. Keluasan alam seumpama tidak bertepi ini merangkumi berbilion juta kilometer . Unit untuk mengukur keluasannya adalah dalam jarak tahun cahaya bergerak . Cuba bayangkan kelajuan cahaya yang bergerak dengan 300,000 km sesaat, ianya akan bergerak sejauh 9460528405000 kilometer dalam masa setahun. Bintang yang paling hampir dengan bumi selepas matahari ialah Proxima Centauri iaitu sejauh 4.2 tahun cahaya bergerak. Manakala objek yang paling jauh yang dapat dikesan di maya setakat ini ialah cuma setakat 13 bilion tahun cahaya bergerak.

ionsfera

Kedua : Ionsfera


Ianya merupakan suatu lapisan yang sangat penting kerana terdapat bahan yang boleh menyebabkan perpindahan isyarat eletrik iaitu lapisan ion-ion . Kawasan inilah yang berlakunya perpindahan dan perambatan isyarat yang digunakan untuk stesyen komunikasi . Pelancaran gelombang dari pemancar gelombang di RTM misalnya dipancar ke kawasan ini untuk disambungkan ke stesyen penerima melalui televisyen ke rumah masing-masing.



Lapisan ini mempunyai potensi untuk pancaran maklumat melalui udara bagi penyampaian maklumat. Inilah medium bagi perpindahan gelombang bagi era IT atau Teknologi Maklumat yang diamalkan sekarang ini.

atmosfera

Pertama : Atmosfera

Ianya merupakan suatu kawasan yang dimulai dari permukaan tanah sehingga ke ketinggian beberapa kilometer dari aras laut.

Di kawasan ini terdapat kawasan yang mempunyai udara yang tebal yang menyumbangkan kepada kehidupan. Lapisan ini mempunyai komponen berikut iaitu Karbon dioksida 0.03 % , Nitrogen 78 % , gas – gas nadir 1 % dan gas Oksigen 21 % .
10

Pada lapisan ini Oksigen merupakan elemen kimia yang paling banyak dijumpai. Ianya merupakan 1/5 daripada udara. Gabungan antara oksigen dengan hidrogen akan membentuk air yang merupakan unsur tersangat penting kepada semua hidupan.


Tindakbalas kimia yang menghasilkan air ialah seperti formula berikut :

O 2 + 2 H 2 ---à 2 H 2 O


Pada bahagian lapisan inilah merupakan tempat yang paling sesuai untuk kehidupan manusia.

langit2

Oleh kerana langit itu suatu ruang lingkup yang bermula dari apa yang kita dapat lihat dari sekeliling kita sehingga kepada ruangan galaksi yang tidak terjangkau kajian oleh manusia, walaupun cuba diterokai dengan perlancaran satelit sampai ke planet Marikh. Manusia belum jumpa langit itu. Apa yang dapat dilihat semakin dikaji didapati semakin banyak perkara atau persoalan yang boleh membengungkan kepada ahli astronomi.


Semakin canggih zaman semakin banyak penemuan terbaru yang dapat dijadikan bukti bahawa apa yang dinyatakan oleh Allah merupakan sesuatu yang benar dan tetap berlaku . Walaupun tentang hari Akhirat yang belum berlaku , tetapi Allah yang mencipta segalanya menyatakan apa yang akan berlaku kepada manusia. Oleh itu akal yang sihat dan beriman akan menerima segala yang diwahyukan tanpa ada sedikitpun keraguan.

langit

‘ Demi Langit ‘

Sebenarnya langit adalah suatu ruang lingtup yang tidak terbatas . Ianya dimulai dari Atmosfera, Stratosfera, Ionsfera dan Angkasa lepas yang merupakan suatu kawasan yang tidak terbatas .


Oleh kerana Atmosfera adalah suatu juzuk daripada alam semesta yang berada di dalam cakerawala dan galaksi maka persoalan yang dibangkitkan di sini ialah mungkinkah suatu ruang yang tidak terbatas itu tidak bertuan atau terjadi dengan sendirinya?


Jawapannya terbukti melalui penciptaan Allah terhadap semua objek yang terdapat di cakerawala ini . Malah Allah ingin menunjukkan bahawa sesuatu yang disumpahNya merupakan kebenaran atau hujah sebagai menyokong kebenaranNya.
PANDANGAN DAN TEORI SAINS

DARI SURAH AT-- THAARIQ









OLEH

MOHD. ZAILANI ZAKARIA